Monday, October 3, 2011





hati boleh berubah. semua orang tahu itu.














semoga kita baik baik saja.

.
Saturday, October 1, 2011

#fridayyy

Ah boring. Ayesha still tido. Aku awal awal pagi dah bangun basuh baju kemas bilik lepas tu tengok tengok orang dekat facebook hihi. Presentation dah banyak. Homework dah berlambak tapi masih tertangguh takde mood nak buat.

Semalam, macam biasa. Balik caklempong aku rasa down. Tak suka perasaan tu. Seriously. Lagu Bugi Lamo & Mudiak je aku rasa okay sikit. Lagu lain especially lagu Cak Tun Tun aku memang fail. Aku lambat pick up. Aku admit. Uhuks. Kadang kadang rasa nak quit caklempong tapi aku tak nak give up cepat cepat. Aku suka gila caklempong. Tapi aku tak pandai main. Dulu masa interview ramai gila, yang dapat ada la dalam 1/3 yang apply. Rasa nya la. Aku patut bersyukur sebab terpilih jadi one of the members of ANDEKA CAKLEMPONG IIUM ni. Sebab tu aku taknak senang senang give up. Those yang dapat interview pun bukannya semua yang active sekarang ni. Ade commitment lain atau diorang memang tak minat caklempong aku pun tak tahu. Tapi semua tu tak penting. Yang penting aku tak boleh give up. Em. Terima kasih la senior senior caklempong yang supportive ajar budak slow macam aku ni. Wuhuhu. Nak jugak cakap terima kasih tapi segan sebab tak biasa sangat dengan diorang huhu

Sejak dua menjak ni aku macam makin tak suka lelaki je. Tak. Bukan semua. Just, some of them. Sebab dah banyak cerita aku dengar. Lelaki, memang suka perempuan cantik je ke ? Mana boleh macam tu. Perempuan cantik tak semua yang baik. Cantik luaran bagi aku tak penting pun. Cantik dalaman lagi penting. Dulu honestly bila tengok perempuan cantik je aku terus jeles tak tentu pasal. Tapi lepas balik Mekah, aku macam fikir banyak benda. And until now, kalau Nampak perempuan cantik, aku dah takde dah rasa jeles tak tentu pasal. Nyehehe. Buat apa nak jeles, semua orang ada kelebihan masing masing :)

*Aku harap takde orang follow blog aku. Sebab aku bukan buat blog untuk orang follow. Aku tak publish pun entry macam ni. Segan ah. Aku publish entry yang aku rasa patut aku publish saja. Lagipun, blog aku takde apa ape yang menarik pun. Nyehehe tapi kalau nak follow jugak, aku tak kisah pun :) bye.


Friday, September 23, 2011

#loser me

seriously, i feel like a loser when i'm one of the members of caklempong but then i didn't know how to play it. i felt like crying. but of course i wouldn't cry in front of everybody. Kak Moon & Abg Daus ada kat depan kut T__T caklempong is awesome. the very first time i fell in love with caklempong is during the taaruf week when the seniors performed some songs including lagu raya if i'm not mistaken. then few weeks later i saw a poster about an interview conducted to those interested in caklempong, and Alhamdulillah, now i'm one of the ANDEKA CAKLEMPONG IIUM :')

one of the videos. the proof of caklempong is awesome & the people is soo awe-inspiring.
https://www.facebook.com/video/video.php?v=1748104823590

sometimes i feel like i'm useless. i don't know what i can do, i mean, my advantages if compared to other people. i don't feel like i'm a BENL student. BENL students are different. i don't know how to say it precisely but i can feel that i'm not one of them.

no mood. homesick pulak tetiba. rindu ma & ayah ! ahhh nak tido. bye... :'(
Friday, September 9, 2011

Happy Birthday to Shrek Busuk

Happy Birthday to Asyraq Ismail.


You are my best friend & my soul mate. Thanks for being with me through thick and thin. Thank you for being my unofficial driver and took me to the post office almost every week. Thank you for spending your time and took me to see Iwa just because you don’t want me to be in a bad mood. Thank you for fetching me to your open house on the 4th Eid just because I want to eat your mom’s mee Vietnam. Thank you for being patient with me even I yell at times and I lose my mind. Thank you for your advices on hijab. Thank you for being goofy just to make me laugh. Too many things I want to list down here but the list would just goes on and on :’)

I might not be physically present to stand by you on this special day, but you’ll always carefully tuck in my heart. Good Luck for everything. I know you are striving so hard for your future. I can see your responsibilities and honestly I’m grateful for having you because for me, responsibilities is something vital for a guy to have but not all guys have that special characteristic.

It has been 4 years & 9 months since we are together. I don’t know how far this relationship would go but I’ll always pray the best for us. Be my first & my last okay ?


gambar ni gambar lama, tapi baru jumpa. terus letak kat facebook & blog. wihihi.


Again, I wish you all the luck in the world.

Happy Birthday !

Tuesday, August 23, 2011

Cerita di Mekah - Part 3

Assalamualaikum heheh sorry saya memang tak suka tulis blog sebab tu lambat update. tah kenapa sebuk sebuk nak ada blog kalau dah tahu diri tak suka menulis (-..-)

okay hari ni mesti habiskan pasal cerita di Mekah. sebab ape ? sebab lepas ni Ejah akan update blog tapi taknak publish kat facebook dah :D yes !

okay korang ! ni first picture yang Ejah snap masa first time tengok Kaabah !

:O

close-up.

masa first time tengok tuu, Subhanallah ! tak tau nak kata ape dah . rasa macam meremang bulu roma, rasa teruja, rasa excited, rasa WOW ! tak tau lah. korang kena pergi sendiri ! Kaabah ni besar ! manusia yang tengah tawaf kat tepi tu kecik je. lepastu nampak tak kat belakang tu macam ada construction ? ha tu diorang nak tambah kawasan masjid la tu. masjid yang sekarang ni pun dah besar. masa Ejah pegi haritu, ada 3 orang jemaah dari agensi lain sesat. nasib baik jemaah Batuta jumpa and bawak balik hotel kitorang. lepas tu Ustaz Ghani call agensi diorang and suruh orang agensi tu datang amek jemaah jemaah tu. orang cakap, kat sini tak boleh pandai pandai, tak boleh cakap besar, tak boleh jalan sorang sorang dalam masjid. kalau tak, memang akan sesat. dengan berpuluh ribu orang kat sana, bayangkan la. kalau sesat, lepastu jumpa orang Malaysia kira macam okay sikit la. kalau tak jumpa ? huu seram jugak tu.

ni pulak masa saei,


ni tak ramai lagi okay. picture ni Ejah amek masa first time buat saei. lepas habis saei terus amek gambar ni. mula mula nak amek masa tengah saei. tapi mak tak bagi amek masatu sebab nanti kita jadi tak fokus kat ibadat. hehe betul jugak tu. em kat bahagian tengah tu tempat orang pakai wheelchair saei. ade tempat khas untuk diorang. orang arab yang amek upah tolak wheelchair tu Ejah rasa memang kuat sebab diorang lari punya lah laju sampai kadang kadang terlanggar orang lainhihi jarak saei ni (dari Safa ke Marwah sebanyak 7 kali) adalah 3.8 kilometer. jauh tuuu !

ni video nya, er tapi blur sikit,

video
penuh dengan orang pakai ihram ^.^ kanak kanak pakai ihram pun ade. comel je tauu. macam yang Ejah sempat amek ni. hihi


ni Masjidilharam. jarak dari hotel Ejah ke Masjidilharam ni lebih kurang 300meter. tu dari hotel ke pagar Masjidilharam. lepastu , dari pagar masjid nak ke tempat solat, adalah dalam 300meter lagi. mak cakap, dulu dekat je. turun hotel, lintas jalan, dah sampai masjid. sekarang ni mungkin sebab masjid dah makin besar, sebab tu la makin jauh. tapi takpe, sebab setiap langkah kita ke masjid, akan dapat pahala. KAN ? :D

ni dalam masjid. hehehh sorry nampak objek pakai jubah tu jaa. masjid nya tak nampak sangat pun -..- korang mesti macam pelik kenapa ramai orang tidur. sebabnyaa, ini baru lepas solat Asar. nak tunggu Maghrib la ni. selalunya ramai yang tak balik sebab nak tunggu berbuka kat masjid. lagi lagi, this is the only place in the Masjidilharam yang ada aircond. wuwu. masa ni jugak la tauke tauke tamar/kurma menjalankan kerja merekaa. ada yang bagi tamar. tamar pulak banyak jenis. yang kering, yang manis, yang takde biji, yang muda (rottob). lepastu, ada jugak yang bagi Qahwah iaitu coffee orang arab. tapi Ejah dengan mak memang tak minum la coffee tu sebab baunya kuat sangat. bau macam herba. pernah try lepastu rasa macam loya. sebab tak biasa kut hihi oh yes, ni gambar curi Ejah amek sebab geram sangat tengok anak orang arab ni comel sangat !

masa ni dia tengah merajuk dengan mak dia. comel gila sampai mak Ejah pun cakap , "ei geram tengok budak tu. culik bawak balik Malaysia baru tahu." HAHA ! er ignore the kaki pleasee.

tu diaaaaaaaa, macam ni lah berbuka puasa di masjid ! tu yang dalam cup mak Ejah pegang tu ade Qahwah. lepas tu ade tamar dalam kotak, dalam bekas plastik, dalam plastic cup. pastu yang dalam plastic cup colour putih tu ade air zam zam sejuk. BEST !

sempat amek gambar tong air zam zam semata mata nak simpan jadi kenangan :') dalam masjid memang penuh tong air ni. kalau dahaga, boleh terus minum. dah la sejuk, memang best lah !

masing masing sibuk berbuka puasa :)

ni pulak lembu kat Mekah. hehe ni unta lah. on the way ke Hudaibiyah untuk niat ihram. sempat singgah di tempat unta !

seluar Alladin dengan stokin biru. alah kat sini pakai la pape pun, orang tak pandang, tak gelak pun. sebab semua orang fokus kat ibadah. pakai baju kedut kedut pun orang tak kisah langsung. lagi satu, sape sape yang nak pegi Mekah lepas ni, tak payah la bawak baju banyak sangat. bawak 3 helai baju & seluar untuk ke masjid pastu bawak 2 baju untuk pakai dalam bilik pun dah cukup. sebab korang boleh je basuh baju tu. bawak la sabun seketul. kejap je dah kering. kalau korang bawak banyak banyak pun, rugi je sebab masa nak balik tu of course la korang akan beli jubah ke buah tamar ke kan. confirm bag penuh. silap silap haribulan, overweight. tak pasal pasal kena bayar 90 riyal (kalau tak silap) untuk setiap 1 kg yang lebih. so, yeah. tak payah bawak baju banyak banyak ek. kita bukan nak pegi holiday. kita nak buat ibadat :)

Mak Cik Sah, Ejah, Mak :)


di Masjid Hudaibiyah untuk niat ihram.

MashaAllah semoga dimurahkan rezeki aku untuk mengerjakan haji/umrah Ya Allah.

ni ape ? ce teka . ni roti lepas tu kat atas tu cheese. ade sorang mak cik arab ni bagi masa berbuka kat masjid. roti tu macam nipis n senang patah. Ejah try makan pastu tak boleh telan. cheese nya macam pelik sikit. teehee. hm bila dah sampai Mekah ni kan, rasa macam nak belajar Bahasa Arab pulak. sebab kat sini kan ramai orang cakap Arab. segelintir je orang Arab yang boleh speaking. so, macam agak susah la nak communicate dengan diorang. selalunya guna bahasa isyarat jela. kelakar pun ade. last last kalau dah dua dua pihak tak faham, gelak je la. hehe most orang kat sana friendly je. cuma masalahnya dari segi communication la, haih. tapi nasib baik Ejah belajar kat UIA. at least tahu la jugak certain Arabic words tu. next semester InsyaAllah nak belajar Arab elok elok ! :D


click on the picture to enlarge. tu peniaga tengah solat terawih. tepi jalan pun boleh ! diorang tak sempat pegi masjid sebab bila azan je, semua kedai tutup. SEMUA. sebab tu diorang sempat solat kat tepi jalan je :')


both pics taken after solat subuh. ini baru kat pintu Babul Fatah. ramai tu ! masa solat pun berhimpit himpit. ade sekali tu Ejah duduk dalam saf sebab nak solat terawih. masa tu dah badmood sebab panas sangat. pastu boleh pulak sorang makcik ni pegi berdiri betul betul depan Ejah. nak marah gak la. orang arab kat tepi Ejah dah marah marah makcik tu sebab makcik tu nak solat depan Ejah. tapi makcik tu buat dek je. sangat sakit hati okay. kedudukan nya macam ni la lebih kurang ,

nampak tak ? macam mana nak sujud & rukuk' tah. geram jugak la time tu pastu Ejah sujud jugak. mak cik tu macam nak jatuh. hehe tu la sape suruh duduk situ. mak cakap, tu biasa je. masa musim haji lagi teruk. kadang kadang kita kena sujud atas punggung dia, kena pijak kepala masa tengah sujud sebab terlalu ramai orang.

oh yes, sebelum entry ni tamat , Ejah ada amek 2 video orang tawaf. 2 Ramadhan & 9 Ramadhan. meh tengok perbandingan meh ,

2 Ramadhan :

video

9 Ramadhan :

video

ketara kan ? penuh gila kut masa 9 Ramadhan tu sampaikan ramai orang tawaf atas masjid (korang boleh nampak dalam video), pheww. yang naik wheelchair tu orang tua atau orang kurang upaya. orang sihat tak boleh upah orang tolak wheelchair :)

hm tu je lah kut Ejah nak share dengan korang. hopefully apa yang Ejah tulis ni dapat korang manfaatkan nanti ya :)

Ustaz Ghani cakap ,
"sekali buat umrah dalam bulan Ramadhan sama dengan sekali buat Haji dengan Rasulullah."

terima kasih kepada mak & ayah sebab bawak Ejah ke Makkah. terharu pulak rasa , wuwuwu :')

take care, Assalamualaikum & Selamat Hari Raya in advance

28th July 2011 - 10th August 2011
Friday, August 19, 2011

Cerita di Mekah - Part 2

Assalamualaikum okay so malam ni Ejah nak sambung cerita haritu.

ni Ejah, Mak Cik Som & Mak Cik Sah kat Masjid Quba, masjid pertama umat Islam. Mak Cik Som sangat kelakar. masa nak balik Malaysia, bag dia sorang je overweight. dia cuak sampai tak lena tidur tapi lepas tu turun bawah, beli barang lagi. HAHA ! Mak Cik Sah pulak sangat kuat. dalam 10 days kitorang kat Mekah, Ejah rasa dia & husband dia je buat umrah dalam 7/8 kali. memang Ejah respect Mak Cik Sah :) dia ada anak jugak kat UIA, budak Architecture. tapi Ejah tak kenal. Ustaz Ghani cakap, Nabi Muhammad masa baginda masih hidup dulu, pergi melawat Masjid Quba setiap hari Sabtu, dua minggu sekali.


video

ini pula video di luar Masjid Quba'. nampak tak budak budak kecik yang pegang tasbih, gelang etc tuh ? ha kat sini kena beware sikit sebab budak budak tu jual barang dengan cara paksa. wuhuhu. kalau kita taknak beli pun, di letak barang tu atas tangan kita then paksa kita bayar. -.-

lepastu, Ustaz Ghani bawak pergi Ladang Kurma. tadaaaaaaaa !


haaa kan dah cakap, BM kat sana macam one of the main languages daah :D


ini kurma muda. cara kita nak pronounce nya, errr ROTTOB kut. lupa.


banyak nya kurmaaaa ^.^

lepas tu, pergi Masjid Qiblatain pulak. masjid ni selalunya dikenali sebagai masjid dua kiblat. pada permulaan Islam, umat Islam mengerjakan ibadah dengan menghadap ke arah Baitulmuqaddis. lepas tu Nabi Muhammad menerima wahyu dan menukar arah kiblat ke arah Baitullah di Mekah. sebab tu lah masjid ni ada dua mihrab. ni haa gambar Masjid Qiblatain ,


ni pulak Bukit Uhud,

video

picture taken masa on the way ke Makkah. padang pasir + bukit berbatu sahaja. pokok pokok ade sikit je kat sini.

*headache. tomorrow Ejah habiskan cerita. take care

Tuesday, August 16, 2011

Cerita di Mekah - Part 1

Assalamualaikum kawan kawan. Hello. So hari ni Ejah ingat nak tulis lah sedikit pengalaman Ejah masa kat Mekah beberapa minggu lalu. Entry kali ni bukan lah ape ape but just nak share lah ape ape yang patut dengan korang. Mana lah tahu kut kut next year ke korang pulak ade rezeki nak pegi Mekah, kan ? amin :)

So, cerita pasal nak pegi Mekah ni actually mak yang ajak. Mungkin sebab mak & ayah dah pernah janji masa SPM dulu, kalau dapat banyak A, boleh pegi Mekah. Hehe tapi tak dapat full A’s pun mak bawak jugak :D few months before pegi umrah, mak dah cakap lah sikit sikit macam temperature kat sana macam mana, time berbuka puasa macam mana, adab kita kat sana macam mana. Ala ala briefing lah konon nya. Ejah pun ade la baca buku panduan umrah. Nasib baik baca, kalau tak , pegi sana memang terkebil kebil sorang diri lah jawab nya. Pegi Mekah memang best. First time experience kuttt dapat jejak tanah haram ! :D Alhamdulillah, rezeki.

Okay ini picture masa dalam flight. Yang ni tak penting pun sebenarnya . saja nak tunjuk ,

saya adalah jemaah Batuta :D


lunch.

dinner.




lambat lagi nak sampai Jeddah, sabar :)

Masa mula mula jejak kaki kat airport Jeddah tu, penatt but happy cause as I said earlier, this is the first time I reach Jeddah. The temperature was 45 degree celcius. Quite shocked. Mak cakap muka Ejah masatu pucat. Huhu baju basah lencun tapi takpe sabar, ini cabaaan nak pegi Mekah kut :) Arabians here are quite nice la. Seems like Malay is the 3rd language here after Arabic & English ! masa sampai tu time maghrib. Lepastu travel la pulak naik bas from Jeddah Airport ke Madinah. Sampai Madinah dalam pukul 3 pagi. Pukul 3.45 pagi dah subuh. Bayangkan lah, from Malaysia ke Jeddah naik flight dah 8 jam, pastu naik bas dalam another 8 hours pastu bila sampai hotel Madinah (Makarim Al Massi), terus kena siap siap pegi solat kat Masjid Nabawi. Penatt sangat masa tu. Cobaan lagik :)

Nak tengok Masjid Nabawi tak ? okay ni Masjid Nabawi. Sorry la video macam pening sikit. Hehe

video

Nampak tak payung yang besar besar tu ? haa kalau sape sape yang tak tahu lagi, payung tu time pagi dia kuncup. Masa panas je dia terbukak. Hebat kaan ? and kalau tengok betul betul, bentuk nya terbalik kalau nak dibandingkan dengan payung yang kita selalu guna. Ada sebab nya ia direka macam tu. Kalau kita fikir logic, kalau hujan, mesti air hujan akan bertakung kat dalam payung tu kan ? tapi sebenarnya, tak. Kalau hujan, air takkan bertakung dalam payung tu sebab air hujan akan masuk dalam payung tu and mengalir ikut tiang tu pastu pegi ke saliran bawah tanah. Ni semua ustaz ghani yang cakap. Ejah macam tergamam kutt masa tu. Genius sungguh contractor yang reka payung tu , subhanallah !

perkarangan Masjid Nabawi lagi ,

pastuu ni pulak penjual. diorang selalunya bentang semua yang diorang jual ni setiap kali lepas waktu solat, tengah tengah panas :| ,

ni dengan orang Maghribi dalam Masjid Nabawi. dia friendly sangat sangat :D

cerita kat Madinah pun dah panjang. cerita kat Mekah next entry ye ,

take care

 

Blog Template by YummyLolly.com